Doa: selepas solat

by - 20.7.15

Assalammualaikum...




imageBismillah hir'rahma nirra'himimage
imageAlhamdulillah hirob bil a'laminimage
imageWassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalinimage
image wa'ala alihi wasob bihi ajma'in Allahumma ahyiina bil iimanimage
imagewa'amit naa bil iimanimage
imagewaad khilnal jannata ma al iimanimage
imageAllahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo image
imageAllahummaah timlana bi'khusnil khotimahimage
imagewala tahtam alaina bisuu ii' khotimah image
imageRobbana laa tuziq qulubana,image
imagebaq daiz hadaitanaimage
imagewahab lana min ladun kharohmahimage
imagein'naka antal wahab Robbana a'tina fid'dun yaa hasanahimage
imagewafil a' khirotil hasanahimage
imagewaqinaa azab'bannar Wasollallah huala saidina Muhammadimage
imagewa'ala a'lihi wasobihi was'salam Walham dulillah hirob'bil a'lamiinimage

Maksud:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 



Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 



Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 



Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 



Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 



Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 



Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. "



You May Also Like

0 ulasan