Ayam Kung Pao

by - 14.8.15

Assalammualaikum...


hari ni nak masak macam orang bandar sikit. 

resepi ni sangat sedap dan ya... berminyak...
alah gemuk sikit tak ada apa rasa ...oh yer...ni saya credit tuk dapur ibundo .

 Bahan :
 3 ketul dada ayam
 3 sudu besar roasted peanut (saya guna almond)
 8 biji cili kering dipotong dua / tiga
 3 sudu besar minyak masak
 5 keping hirisan nipis halia
 2 ulas bawang putih dihiris
 1 tangkai daun bawang (aku letak daun ketumbar)

 Perapan :
 1 sudu besar tepung jagung
 2 sudu besar kicap 
 1 sudu kecil minyak bijan

 Sos :
 1 setengah dari sudu kecil kicap cair
 1 sudu besar kicap pekat
 1 sudu kecil gula ( saya tak bubuh)
 Sesuku sudu kecil cuka
 2 sudu besar air
 1 sudu kecil tepung jagung 

 Cara :
 Hiris ayam potongan kubah atau  memanjang, cuci dan toskan kering. Perap dengan bahan perapan selama 30 minit.
  Campurkan bahan sos dalam mangkuk dan ketepikan.
 Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak. Goreng ayam sehingga 70% masak, angkat dan ketepikan.
 Basuh kuali, panaskan semula & masukkan 2 sudu besar minyak. Masukkan halia & bawang putih kemudian cili. Masak sehingga beraroma wangi.
 Masukkan ayam.
 Masukan kacang panggang. Kacau rata & masukkan pula bahan sos.  Kacau sehingga rata.
 Akhir sekali, masukkan daun bawang atau ketumbar.
 Kacau sikit dan kalau dah rasa siap. Siap!


Jajaja, sedapnyer. Okay, Assalammualaikum!



You May Also Like

0 ulasan